Homepage diary tutorials affiliate |
|
|
|
Inspired by: LalaMonsterz
| Theme by: LalaMonsterz
|
Assalamualaikum. Nama istimewaku Sarah.Aku membesar dan menetap di Kedah, lokasinya biarlah kurahsiakan. Aku mula melihat dunia pada tahun 1997 dan alhamdulillah aku masih bernafas hingga saat ini.Sungguh besar pengorbanan kedua walidainiku yang telah banyak menghabiskan masa untukku hingga kini.Aku gembira menjadi salah seorang puteri ibu.Gembiranya aku dilahirkan didunia ini dan pabilaku berada disisimu ♥.
Zaman kanak-kanakku adalah yang terbaik.Dan bahagia. Aku mempunyai seorang teman kecil iaitu abangku, teman pertamaku. Kami banyak menghabiskan masa mengembara bersama-sama, meneroka dan bermain.Berlari sambil memegang tanganmu,membonceng basikal, terlalu indah kenangan itu.
Hingga aku membesar menjadi seorang remaja, masih aku tidak mengerti apa itu perpisahan abadi.Mungkinku terlalu leka dengan duniaku.Ketika remajaku ialah zaman kegemilanganku.Bersaing dengan abang untuk sentiasa menjadi yang pertama. Akhirnya ,aku berjaya, tapi sedikit melukakan hatinya disebabkan kejayaanku. Pernah dia berkata "Aku tidak sepandaimu dan sampai bila aku tidak dapat menyaingimu."
Dan semenjak itu,kami menginjak dewasa, makin berjauhan walaupun ternyatanya dekat. Mungkin sudah dewasa, masing-masing, inginkan masa sendiri.Tiada langsung bual-bual kosong, hanya yang penting.Namunku percaya hati kita selalu dekat. Apabila kau memerlukanku, maka aku akan sentiasa ada untukmu dan begitu juga denganmu.Meski kau tidak pernah mengungkapkan sayang, tapi jauh didalam sudut hatimu,aku percaya...bahkan, perbuatanmu sudah membuktikannya.
Beberapa tahun berlalu, namun ternyata masih sama.Kita lalui hidup seperti itu. Namun, makin jauh abang dariku.Mungkin kerana kau sudah mempunyai teman baru. Bosan. Hingga satu hari, dimana hari itu, kau begitu baik denganku. Bahkan abang menolongku dengan memberiku komputer ribanya untuk kerja yang harus kulaksanakan. Dan malam itu, ketikaku memulangkan komputer riba kesayanganmu, malam itu..kali terakhir untukku tatap wajahmu, dan pada hari esok kemudiannya aku telah mula belajar untuk mengenal erti perpisahan itu.
Aku keletihan pada hari itu, sungguh letih, bahkan masa disekolah aku banyak menghabiskan masa belajarku untuk tidur.Entah kenapa hatiku tidak tenang.Dan ketika petang, aku menerima kabar tentangmu dari seseorang mengatakan kau cedera.Tetapi pada saat itu, hatiku tidak curiga atau sedih tentangmu kerana aku tahu kau pasti kuat.Fikiranku merawang jauh, bahkan air mataku tumpah setitik demi setitik..kucuba tepiskan kerisauanku terhadapmu. Sampai satu saat, kudengar sesuatu yang kurang menyenangkanku. Aku fikir itu hanya gurauan, tapi itu kenyataan. Kenyataan yang kau sudah pergi jauh, terlalu jauh, bahkan jika aku memecut, aku tidak akan boleh untuk mengejarmu. Sejauh mana ku berlari , aku takkan boleh menggapai tanganmu. Cuma.. hanya air mataku tumpah, tetapi pada kali ini, bukan hanya setitik, namun tidak bisa kugambarkan.Dan hari itu, orang pertama yang telah pergi ialah teman pertamaku.Dan semenjak itu, aku terlalu merindukanmu, bahkan sehingga menangis dalam tidurku. Aku terlalu rindu.
Dari hari itu, aku mesti kuat.Belajar untuk tetap tabah.Kerana pada usiaku, lebih banyak cabaran yang akan ku tempuh.Semakin meningkat usiaku, semakin kuharus tetap bersedia atas kehilangan orang disekelilingku. Aku akan mengembara jauh, aku harus semakin berani.Mungkin aku tidak setabah Asiah, aku tidak sekuat Sumaiyah..namun aku janji untuk terus tabah dan kuat.Aku masih memerlukanmu, namunku tahu kau tidak boleh kembali, jadi aku yang harus berdiri sendiri. Ketika kujatuh, tiada lagi yang mampu memegang erat tanganku sepertimu.
Perkara yang paling indah adalah hujan kan abang? ^^ Indah♥♥♥♥
Ketika angin berhembus,
Aku memikirkanmu.
Ketika hujan mulai turun,
Aku memikirkanmu.
Ketika aku berlari sehingga kehabisan nafas,
Aku memikirkanmu.
Meskipun kau tidak berada disampingku,
Aku selalu memikirkanmu.
Kita dekat disini ,
"Swaa"
Aku merindukanmu,
Orang yang menghapus kenangan burukku.♥